BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 2 Mac 2011

Asas Seni Reka
By honeysart
Seni reka secara asasnya boleh diungkap melalui dua perkara iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip seni (Pak Sahih, 2008). Hasil seni yang menggabungkan mana-mana unsur dan prinsip akan menjadikan hasil seni tersebut menonjol dan cantik. Pentingnya menggabungkan perkara-perkara ini adalah supaya hasil seni itu mempunyai kepelbagaian dan tidak membosankan (monotoni). Figura berikut menyenaraikan perkara-perkara asas yang perlu disedari.

Unsur-unsur seni:
  1. Garisan – Dari titik ke titik
  2. Rupa (2D) – Dari satu titik bercantum ke satu titik lalu membentuk rupa [geometrik & organik]
  3. Bentuk (3D) -
  4. Ruang – Isipadu / kelihatan sebenar
  5. Jalinan -Tekstur & Kuantiti Permukaan
  6. Warna (Asas: Merah, Biru dan Kuning)
Prinsip-prinsip seni:
  1. Harmoni – Nampak tidak mengganggu
  2. Kontra – Berlawanan
  3. Penegasan – Jadi tertumpu
  4. Imbangan – Imbangan Simetri & Imbangan Tidak Simetri
  5. Gerakan Irama – Boleh terhasil daripada corak yang berulang-ulang
  6. Kepelbagaian – Campuran beberapa corak berlainan jenis
  7. Kesatuan – Nampak kesatuan akibat skema warna yang serasi. Jadi timbul dan harmoni.

0 ulasan: