Asas Seni Reka
By honeysart
Seni reka secara asasnya boleh diungkap melalui dua perkara iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip seni (Pak Sahih, 2008). Hasil seni yang menggabungkan mana-mana unsur dan prinsip akan menjadikan hasil seni tersebut menonjol dan cantik. Pentingnya menggabungkan perkara-perkara ini adalah supaya hasil seni itu mempunyai kepelbagaian dan tidak membosankan (monotoni). Figura berikut menyenaraikan perkara-perkara asas yang perlu disedari.
Unsur-unsur seni:
- Garisan – Dari titik ke titik
- Rupa (2D) – Dari satu titik bercantum ke satu titik lalu membentuk rupa [geometrik & organik]
- Bentuk (3D) -
- Ruang – Isipadu / kelihatan sebenar
- Jalinan -Tekstur & Kuantiti Permukaan
- Warna (Asas: Merah, Biru dan Kuning)
Prinsip-prinsip seni:
- Harmoni – Nampak tidak mengganggu
- Kontra – Berlawanan
- Penegasan – Jadi tertumpu
- Imbangan – Imbangan Simetri & Imbangan Tidak Simetri
- Gerakan Irama – Boleh terhasil daripada corak yang berulang-ulang
- Kepelbagaian – Campuran beberapa corak berlainan jenis
- Kesatuan – Nampak kesatuan akibat skema warna yang serasi. Jadi timbul dan harmoni.
dipetik daripada: http://honeysart.wordpress.com/asas-seni-reka/
0 ulasan:
Catat Ulasan